Suami isteri hanya mampu berseedih selepas semua persiapan menunaikan umrah pada Ogos depan musnah dalam kebaakaran.

 


Pasangan suami isteri hanya mampu berputih mata selepas semua persiapan termasuk dokumen penting untuk menunai umrah pada Ogos depan musnaah dalam kebaakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Pintu Geng, Kampung Kota di sini hari ini.

Wan Rahimah Wan Abdullah, 52, menyedari kejaadian tersebut kira-kira pukul 6.50 pagi semasa dia selesai menunaikan solat subuh.
Menurutnya, ketika itu, dia turut mendengar suara abang ipar, Othman Salleh, 70, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) memanggilnya dari dalam sebuah bilik di tingkat bawah sebelum berlaku beberapa kali letupan kecil.

“Saya terus turun ke bawah dan menyelamatkan abang ipar yang kudung kaki kiri akibat kencing maanis. Saya berusaha memapah dan mengheretnya sejauh 20 meter untuk keluar melalui pintu dapur rumah

“Saya sempat memanggil anak bongsu, Ahmad Arief Amsya Anuar, 15, supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba apabila melihat api semakin marak,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Wan Rahimah, ketika kejaadian berlaku, suaminya, suaminya, Anuar Abdullah, 54, tiada di rumah kerana ada urusan kerja di Kedah.

Katanya, dia amat terkilan apabila semua persiapan barangan untuk menunai umrah pada Ogos depan termasuk wang tunai berjumlah RM7,000 yang disimpan dalam almari di tingkat atas hangus dalam kejaadian itu.

Tambahnya, selain itu, sebuah kereta jenis Proton Preve dan sebuah motosikal turut rosak akibat terkena api kebaakaran.

“Meskipun kini tinggal sehelai sepinggang, saya tetap bersyukur apabila kami semua selamat. Saya menyewa rumah kedai ini sejak lebih 30 tahun lalu dan membuka kedai makan bagi meneruskan perniagaan arwaah kakak.

“Buat masa ini, saya menumpang di rumah saudara terdekat di Kampung Sireh di sini sementara mencari rumah sewa yang lain,” katanya.

Sumber: Kosmo Online