Aeril Zafrel ‘Disek̷olahkan’ M̷akcik Baw̷ang–“lsIam T̷ak Ajar Manjak̷an lsteri..”


Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel memuat naik sebuah ‘posting’ memaparkan tangkap layar komen seorang wanita yang menuduh dirinya terlalu memanjakan isterinya, pelakon Wawa Zainal.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memetik bahawa Islam tidak pernah mengajar lelaki memanjakan isteri berlebihan tetapi tugas lelaki hanyalah untuk melindungi wanita.

Tidak cukup dengan itu, individu terbabit turut menyekolahkan Aeril serta isterinya yang dianggap suka menayang kebahagian dan kekayaan kepada orang lain.

Dituduh terlalu manjakan isteri

“Islam tak pernah ajar lelaki untuk manjakan wanita sampai begitu. Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita,” tulis wanita itu.
Betul ke tak boleh manjakan isteri?
Bagaimanapun, pemilik nama Suhairil Sunairi itu membalas komen individu tersebut secara berseloroh dengan bertanyakan soalan kepada pengikutnya:

“Betul ke kita tak boleh manjakan isteri, dan hanya jadi pelindung je? CONTOH: *buat2 pandai,” ujar Aeril.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat wanita berkenaan sebenarnya cemburu melihat Wawa bahagia dikurniakan seorang suami penyayang seperti Aeril.

Dia jealous lah tu

Takkan nak manjakan bini jiran?

Busuk hati overload

Nabi pun manjakan isteri

Ketagih kasih sayang

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin telah berkahwin secara rahsia pada 25 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel