Tidak Punya Rumah, Ibu dan Anak Perempuan Bekerja Sehingga 3 Pagi Demi Kelangsungan Hidup


Bulan Ramadhan ialah bulan di mana umat islam berlumba-lumba untuk mengumpul pahala dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan bersedekah..

Sedekah berbentuk makanan menjadi pilihan seorang aktivis kemasyarakatan dan juga Youtuber , Mr.Bie ( Vitaminbae) yang dibantu oleh rakan-rakannya.

kotakMenurut Mr. Bie (Vitaminbae), timnya serta Geng Kejiranan Surau Ria Heights telah meronda-ronda beberapa kawasan di bandar Tawau dan sekitarnya untuk mengagihkan makanan sahur pada beberapa hari lepas.

Misi agihan makanan sahur yang mereka jalankan bermula pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan beberapa kawasan antaranya Hospital Tawau, pondok-pondok pengawal, kawasan bandar dan beberapa lagi kawasan berdekatan.

kotak

Senyuman tidak lekang dari mulut Puan Rubinah walau kehidupannya diuji dengan pelbagai kep4yahan

Ketika misi berjalan iaitu pada sekitar pukul 2 pagi, mereka telah dipertemukan dengan seorang wanita berumur pertengahan 40-an sedang duduk di pinggir jalan bersama anak perempuannya.

Mendekati dua sosok itu, rupanya mereka sedang dalam perjalanan mengutip kotak dan juga tin-tin kosong di sekitar bandar.

Bercerita lebih lanjut, wanita yang dikenali sebagai Puan Rubinah mencari kotak dan tin untuk dijual bagi menyara kehidupan mereka dua beranak. Anak gadisnya yang berumur 8 tahun akan menemaninya mengumpul barang-barang berkenaan.

kotak

Anak perempuan Puan Rubinah yang setia menemaninya mencari rezeki.

Mereka tidak mempunyai rumah dan terpaksa menyewa di merata tempat untuk berteduh.

Ikuti kisah penuh Puan Rubinah di pautan ini :

TENGAH MALAM‼️ terjumpa AKAK ni tepi jalan masih CARI REZEKI, ditemani ANAKNYA ðŸ¥º..

Perkongsian Vitaminbae :

Di waktu nyenyak dan lenanya tidur malam kita, ramai lagi insan di luar sana yang berjuang mencari sesuap nasi untuk sahur.

Rezeki ketika buat agihan sahur semalam bersama geng Surau Jiran, Ria Heights, ternampak akak ni masih gigih mencari tin dan kotak ditemani anaknya yang berusia 8 tahun.

Allahu, sepanjang beberapa minit bercerita, wajah akak ni tak pernah putus senyum, seolah² semua cukup sempurna kehidupannya, walhal rumah pun tiada, apatah lagi duit simpanannya.

Syukur ada rezeki berbagi amanah kawan² semua dengan akak Rubinah ni. Gembira dia dapat bantuan kawan², dapat telekung utk dipakai solat.

Terima kasih semua yang terus membantu kami meneruskan misi kecil kita.

kotakSemoga ada sinar buat ibu dan anak ini.

Sumber : Vitaminbae