Empat Beranak Parah Ditetak Suami Ketika Mahu Berbuka Puasa, Suspek Masih Diburu Polis


Empat sekeluarga parah ditetak ketika sedang menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentua, 50-an, dan dua adik ipar berusia 16 dan 31 tahun dilaporkan parah.





Difahamkan, kesemua mangsa mengalami kecederaan pada leher, kepala, tangan serta badan dipercayai  dilibas menggunakan parang.













Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima panggilan daripada MERS 999 memaklumkan kes tersebut pada pukul 8.22 malam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.11 malam apabila secara tiba-tiba, suspek telah mengamuk dan menetak empat orang mangsa yang berada dalam rumah menggunakan parang.

“Kesemua mangsa iaitu isteri, ibu mertua dan dua adik iparnya parah dan telah mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi dan kini dilaporkan stabil.

“Punca kejadian tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek bernama Mohd. Adi Hashim, 38, beralamat di Felda Air Tawar 3 sedang diburu bagi membantu siasatan.

Menurut info dari seorang pengguna facebook, suspek merupakan suami kepada mangsa. Boleh baca info di bawah:

assalamualaikum Minta warga JB- KOTA TINGGI . kalau nampak kereta atau muka orang ni pegang dia atau bawa ke balai berdekatan dia TETAK 1 KELUARGA , lokasi AKHIR PLENTONG JB.. minta kerjasama .. Dia TIKAM & TETAK ANAK BINI MAK SEMUA 1 KELUARGA NASIB TAK MATI JE .. TOLONG MINTA BANTUAN ..

BOLEH CALL NO / 01118716641 MINTA BANTUAN SEMUA





MINTA TOLONG SHARE YE DAN KALAU NAMPAK NO PLAT NI TLG LA TELEFON AMBIL GAMBAR ATAU PEGANG DIA . ISTRI DIA RETAK TEMPURUNG KEPALA, MAK MERTUA KENA TIKAM GN PARANG NASIB HUJUNG PARANG PATAH , AHLI KELUARGA YANG LAIN PUN KENA JUGA PARANG . TLG BAGI KERJASAMA


Sumber Kosmo