“Dia Bukan Manusia Ke…” -Staff Chef Ammar Kna Marah, Hnya Krana Utamakan Wanita Mengandung


Sebelum ini juga mendapat aduan mengenai makanan Cheff Ammar sediakan, pelanggan yang beratur tidak dapat membeli kerana kehabisan makanan dan aduan harga yang beliau jual terlalu mahal. Beliau turut menyelesaikan masalah itu dengan cara menerangkan bahan-bahan yang beliau memasak ketika membuat secara langsung, dan maksimum untuk satu orang pelanggan boleh membeli hanya 4 bekas sahaja.

Baru-Baru ini tular satu video klip di T!kt0k mengenai pekerja Chef Ammar dimarahi pelanggan hanya kerana utamakan wanita mengandung. Di dalam video klip ini menunjukkan beliau berbual bersama anggota polis yang datang singgah ke kedai nya mengatakan, dimana-mana tempat memang utamakan wanita mengandung dan warga emas. Beliau juga mengatakan kepada anggota polis itu pelanggan itu sudah balik sebelum mereka sampai.

Orang ramai turut tidak berpuas hati dengan pelanggan tersebut yang bersikap tidak bermoral dan simpati kepada Chef Ammar mengatakan beliau banyak terima dugaan pada bulan puasa ini dengan pelbagai perangai pelanggan yang perlu hadapi.

Beliau mengatakan pekerja wanita yang dimarahi oleh pelanggan itu, iailah anak menantu nya. Perkongsian video klip ini dapat perhatian dari Chef Ammar sendiri dan memberi komen tentang situasi di dalam video klip ini.

Perkongsian video klip di T!kt0k  ini mendapat sambutan orang ramai sebanyak 3.6M penonton, 357.6K sukaan dan 11.2K komen.

LIHAT REAKSI NATIZEN

@Shahima Ima180:mmg g mane2 org mngandung diutamakn..apo lah ek,mane org yg mrh tu,da kwin ke lom?maknye mst pnh mngandung,xkn xthu..ermmm..

@teha_wahab:Buat baik pun orang marah. Sian chef.

@Coach Zaid:kena kasi keutamaan pd perempuan mengandung. amalan ni diterima di mana2 termasuk pengangkutan awam

@user6956713402173:bulan puasa tahun ni mencabar sungguh utk chef ammar. tabahkan dia ya Allah

@「DUKxADLIN」:mana2 tempat mg utamakn org mengandung n warga emas. mesti org yg marah tu jenis penting diri n xde sivik.

Sumber: Rotikaya