Al-Fatihah, Baru Tiga Bulan Berkahwin, Suami Menlnggal Dunia Ketika Majlis Apresiasi APM.


“Arw4h setiasa berpesan jika dia tiada nanti, saya mesti kuat. Saya tidak sangka itu petanda dia akan pergi menlnggalkan saya,” kata Nur Farrah Ertyka Rahmat, 31 tahun, isteri kepada angg0ta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian yang menlnggal dunia akibat ser4ngan j4ntung 4 hari lepas.

Dalam kejadlan pukul 2.30 petang itu, suaminya, Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA) Mohamad Asyraf Zulkifli, 30 tahun, pengsan ketika Majlis Apresiasi Warga Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas), Kluang, Johor.

Dia kemudiannya dikejarkan ke H0spital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan dan disahkan menlnggal dunia pada pukul 3.45 petang.

Nur Farrah berkata, dia tidak menyangka kehil4ngan suami yang baru dinikahi pada 21 November lalu selepas empat tahun menyulam cinta, apatah lagi arw4h tak pernah mengadu saklt.

“Cuma, malam sehari sebelum kematlannya, saya lihat dia seperti mengalami saklt kaki ketika solat. Bila tanya, dia kata kaki ‘okay’.

“Dua kali saya tegur dia malam itu. Sekali lagi masa dia termenung ketika naik tangga untuk ambil kasut kerja di tingkat atas, tetapi dia menafikan ada masalah.

“Paginya dia kelihatan biasa malah sempat payungkan saya ke kereta untuk ke tempat kerja kerana hujan sangat lebat,” katanya sebak ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Paya ikan, di sini, hari ini.

Pengurus st0r kedai serbaneka itu berkata, suaminya juga seorang penyabar dan antara kenangan indah mereka selalu bermaafan selepas s0lat.

“Dia penyabar dan tidak pernah marah. Dia sentiasa ada pada ketika saya svsah.

“Cuma saya agak terkilan apabila arw4h tidak sempat datang mengambil roti yang saya beli sebelum dia ke Kluang untuk mewakili pegawainya yang kuar4ntin.

“Dia kata tidak sempat datang dan akan jumpa saya bila balik nanti, tetapi kini dia sudah tiada,” katanya yang tidak lepas memegang pakaian seragam Allahyarham suaminya sepanjang temubual.

Lebih memilvkan mereka baru sahaja selesai melangsungkan majlis resepsi pada 18 hb Februari lepas.

Sementara itu, ibu arw4h, Salmah Baba, 62 tahun, berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya ketika majlis kenduri menyambut menantu pada 12 Februari lalu di rumahnya.

Katanya, Allahyarham adalah anak sulung dan satu-satunya lelaki daripada empat beradik.

“Saya tidak tahu dia ada penyaklt apa, malah sejak kecil juga dia jarang saklt atau demam,” katanya.

Katanya, walaupun sedlh, dia reda dengan pemerglan anaknya itu.

“Dia seorang anak yang baik, sejak kecil tidak pernah menyusahkan saya serta mendengar kata.

“Saya memang tidak sangka dia pergi dalam usia muda dan masih belum puas bermanja dengannya,” katanya.

Katanya, Allahyarham suaminya menlnggal dunia 7 tahun lalu akibat komplikasi peny4kit kencing manis dan j4ntung.

Salmah berkata, jen4zah selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam, Bukit Baru, di sini.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Sumber HM