Wanita koma dipukul suami positif Covid-19, adik rayu doa orang ramai


Wanita yg koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, disahkan positif COVID-19 selepas sebulan dimasukkan ke hospital k3rana demam.

Adiknya, Fauziah, 40, berkata, dia sekeluarga hairan k3rana kakaknya itu dijangkiti sedangkan tiada ahli keluarga dibenarkan masuk ke wad berkenaan.

“Pihak hospital memaklumkan kakak dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban petang semalam.

“Berita ini agak mengejutkan & kami bimbang lebih-lebih lagi dengan keadaan kakak yg tdk dapat bergerak & bercakap. Sebelum ini dia juga alami demam & muntah & terpaksa terlantar di hospital selama sebulan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fauziah berkata, ap4 yg lebih membimbangkan Jahidah belum mengambil vaksin COVID-19, sekali gus wabak berkenaan memberi kesan lebih teruk kepada kakaknya yg memang mengalami kesukaran utk bernafas.

“Disebabkan itu pihak hospital memaklumkan yg Jahidah akan dipantau dalam tempoh 10 hari. Jadi kami berserahlah & harapnya kakak akan pulih,” katanya.

Sementara itu, ditanya cahaya mata Jahidah yg dilahirkan secara pembedahan ketika wanita itu masih koma, Fauziah berkata, J Eshan Nufail yg sudah berusia dua bulan berada dalam keadaan baik namun sedikit meragam semalam berkemungkinan k3rana rindu kepada ibunya.

Bagaimanapun katanya, bayi berkenaan tidur lena selepas diselimutkan dengan baju Jahidah.

Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tdk stabil akibat demam, muntah & nafasnya turun naik pada 21 Januari lalu.

Media sebelum ini melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun yg bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu.

Jahidah yg menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yg berusia 38 tahun.