Individu ambil kesempatan letak ‘Link Shopee’ pada video kemalangan dikecam

 


Sejak semalam, kecoh sebuah video di media sosial mengenai kemalangan nahas di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai Johor.

Mana tidaknya, aksi seorang lelaki meraung memanggil isterinya dan memberitahu wanita itu masih berada di dalam kereta yang terbakar membuatkan ramai turut sedih dan berduka dengan nasib menimpa mereka.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak mengambil kesempatan atas nasib menimpa mangsa terlibat apabila video tersebut dengan meletakkan pautan Shopee.

Tak habis2 tekan link, sensitif la sikit

Bagaimanapun, tindakan individu tidak bertanggungjawab meletakkan pautan e-dagang itu mengundang kemarahan netizen.

Malah, mereka mendakwa pihak tidak bertanggungjawab itu seolah-olah mengambil kesempatan dan tidak sensitif dengan nasib menimpa orang lain.

Dah tekan link, memang ada video kebakaran

Sementara itu, ada netizen mengatakan pautan tersebut memang mempunyai rakaman video kejadian tetapi individu berkenaan terpaksa menggunakan pautan Shopee.

Katanya, mereka bimbang pihak Facebook menyekat akaun tersebut atas kesalahan melanggar polisi dengan memuat naik kandungan sensitif di platform tersebut.

Terdahulu, dilaporkan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian, manakala empat selamat dan berlaku pada jam 7.47 malam selepas kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan di lebuh raya berkenaan.

Mangsa maut dikenali Nurul Nazihah Kamalul Arifin dilaporkan selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi pada jam 3.40 minit petang.

Dan, seorang lagi mangsa maut masih belum dapat dikenali pasti.

Sumber: Vocket