Masih simpan gambar, wanita ‘claim’ bekas kekasih Ryan Bakery dikecam

 


Menjadi kebiasaan apabila kita mulai mencipta nama ataupun sudah berjaya, pasti akan ada beberapa pihak mengaku mengenali kita.

Sedangkan ketika kita tidak mempunyai apa-apa, mereka memilih untuk meninggalkan serta pergi dengan alasan yang kadangkala tidak masuk akal.

Hal ini turut dialami sendiri oleh TikToker yang kini sedang mencipta nama dengan pelbagai konten yang menghiburkan di media sosial.

Simpan lagi gambar ex

Tidak semena-mena, nama Ryan Bakery telah menjadi sebutan apabila ada satu konten di Tiktok menunjukkan gambar berukuran pasport miliknya yang masih disimpan oleh seorang wanita dipercayai bekas kekasihnya.

Tanya kenal lagi tak?

Walaupun video berkenaan telah dipadam dari akaun asal, namun ada pengguna TikTok yang berjaya merakam dan memuat naik semula ke media sosial.

Dalam video terbabit, pengguna TikTok yang sedang berbual dengan seorang wanita dipercayai bekas kekasih Ryan dilihat bergelak ketawa disamping gambar TikToker terkenal itu ada di hadapan mereka.

Berguling la kena gelak dengan tunang Ryan

Perkongsian tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen kerana merasakan tindakan tersebut seperti ‘lapar’ perhatian memandangkan Ryan Bakery kini sudah mencipta nama.

Mereka juga seakan memerli individu di dalam video terbabit dengan berpendapat bahawa wanita tersebut tidak ‘move on’ dengan hubungan yang entah bila terjadi dan pastinya sudah berakhir.

Ramai rupanya yang dok claim

Entah2 Ryan pun dah lupa dia

Tunang Ryan lagi helok sis

Menyesal putus ke?

Mesti merata dia canang pernah couple

Ryan kata tak kenal pun

Dalam perkongsian itu juga, Ryan Bakery telah meninggalkan komen dengan ‘menjawab’ semula pertanyaan gadis di dalam video itu sama ada mengenalinya lagi ataupun tidak.

Sumber: TikTok @yayaketuuu