Dulu ayah Kapten Fajim ajal nahas Nuri, ” Kini arwah pula menyusul ”

 


Suasana hiba menyusuri perkarangan Jabatan F0rensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), awal pagi ini dengan ketibaan waris terdekat m4ngsa m4ut dalam nahas kejadian pesawat ringan terhemp4s di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, dekat Medan Gopeng, di sini.

Ketibaan waris terdekat Allahyarham Leftenan Kolonel (B) Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, iaitu isteri, anak Allahyarham dengan menaiki sebuah kereta dipandu anggota dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 1.25 pagi tadi disambut kira-kira 20 individu terdiri dari saudara-mara serta kenalan rapat di perkarangan jabatan berkenaan.

Mereka difahamkan berlepas dari Semenyih, Selangor selepas dimaklumkan mengenai insiden n4has terbabit.

Keluarga terdekat Allahyarham itu, terdiri dari anak serta isterinya bagaimanapun tidak sempat untuk ditemubual pemberita kerana meninggalkan jabatan itu kira-kira 15 minit selepasnya selesai berurusan dengan petugas di kaunter jabatan forensik HRPB.

Ibu saudara kepada Fajim Juffa yang enggan namanya dikenali, 54, ketika ditemui di situ berkata, Allahyarham disifatkan seorang yang ceria, sangat mesra, pada masa sama seorang yang tegas.

Katanya, kali terakhir Fajim dan isteri bertandang ke kediamannya di Klebang Damai, di sini, Ramadan lalu yang mana Allahyarham meluangkan puasa untuk berbuka puasa di situ.

Umur antara saya dan arwah Fajim yang tidak beza begitu jauh membuatkan kami agak rapat sejak kecil.

Selepas Ramadan lalu, dia ada memberitahu akan menziarahi saya semula Aidiladha lalu, namun hajat itu tidak kesampaian,katanya.

Menurutnya, biarpun hubungan mereka rapat namun sepanjang pengetahuannya Allahyarham tidak pernah menyatakan hasrat untuk bersara daripada dunia penerbangan disebabkan minat mendalam sejak muda.

Emak arw4h yang juga kakak sulung saya, tidak begitu menggalakkan minat arw4h disebabkan risau memandangkan ayah kandung arw4h juga terkorb4n dalam nahas membabitkan pesawat iaitu tr4gedi helikopter Nuri di Muara Sungai Lundu, Sarawak pada tahun 1989.

Arw4h Fajim juga pernah dilaporkan media sebelum ini hilang selama beberapa hari akibat tersangkut di atas pokok selepas pesawat MiG-29 dipandunya pada November 2004 terhemp4s, katanya.

Setakat temubual itu, beliau bagaimanapun belum menerima maklumat tuntas mengenai lokasi jen4zah anak saudaranya itu bakal dikebumikan.

Walaupun keluarga terdekat arw4h tiba malam (awal pagi ini), namun saya difahamkan proses bed4h siasat hanya akan dimulakan kira-kira 10 pagi nanti, katanya.Al fatihah.