‘Sayang, saya rindu sangat kat awak’ – Suami mavt kemal4ngan, isteri luah perasaan rindu


“Sayang, saya rindu sangat kat awak. Tunggu saya di syurga”

Itu luahan seorang isteri yang kehilangan suaminya selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kluang-Batu Pahat, Johor pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, Sadam Hussin Hamidon, 30, suami kepada Yusnitah Yusoff maut bersama dua lagi rakannya selepas lori mereka bertembung dengan treler yang membawa muatan simen.

Menurut Yusnitah, suaminya baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 minggu lalu dan mereka bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang kedua tidak lama lagi.

“Sayang, awak pergi pada hari paling mulia. Awak pergi tidak jauh dari tarikh-tarikh penting kita berdua.

“Awak pergi saat dua tahun ulang tahun perkahwinan kita. Awak pergi selepas seminggu ulang tahu kelahiran awak,” luahnya di Facebook.

Walaupun sedih dengan pemergian suami, dia tetap redha dengan ketentuan Ilahi dan berharap agar dapat bertemu semula dengan suaminya di syurga nanti.

Sumber: wowberita