Hina Islam & Nabi Muhammad, rupanya lelaki ini pernah kongsi kisah Nabi di Youtube


Semalam, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dikenali Muzil Juling  telah menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 39 tahun itu turut mencabar kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) untuk datang membunuhnya.

Kerana mulut badan binasa, lelaki tersebut dibelasah oleh sekumpulan individu yang dikatakan berang dengan perbuatannya itu.

Muzil selalu bagi ceramah agama dan kisah Nabi di Youtube?

Terbaru, hasil perkongsian warganet mendapati Muzil yang juga seorang duda dikatakan seringkali memuat naik video ceramah dan kisah Nabi di saluran Youtube miliknya.

ADVERTISEMENT

Malah, mereka turut meninggalkan komen memuji Muzil kerana berkongsi kisah Nabi Yusof selain mendoakan lelaki itu kembali ke pangkal jalan.

Untuk makluman, Muzil yang ditahan pada jam 12.30 minit tengahari di rumahnya di Taman Bukit Kuchai, Puchong akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini untuk permohonan reman.

Sumber: Youtube MATBLACKEMAN 777 MUZZIL