Tiga beradik yatim piatu tak sangka lbu mengandvng


“Saya sangat terkejut selepas doktor memaklumkan ibu sebenarnya mengandung,” kata Mohd Amirullah Mohd Abdika, 16, anak sulung Rabiatuladawiah Saufi, 36, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat persimpangan Tanjung Jara, di sini, petang semalam.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Rabiatuladawiah yang membonceng motosikal Aprilia RSV4 ditunggangi suaminya Mohd Abdika Razali, 36, terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Innova menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia.    




















Katanya, jenazah ibu bapanya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapor, Binjai kira-kira 3 pagi tadi.

Sementara itu, ibu kepada Rabiatuladawiah, Rahani Ismail, 61, berkata anaknya itu tidak memaklumkan bahawa dia mengandung.

“Saya tak diberitahu arwah anak (mengandung) dan kali terakhir dia bawa saya berkelah di Pantai Teluk Kalong pada Sabtu lalu tetapi dia tidak ceritakan perkara itu.

“Saya akan memikul amanah untuk menjaga tiga cucu ini dan kami kami sekeluarga dan keluarga belah menantu sudah berpakat akan menjaga cucu-cucu kami itu sebaik mungkin,” katanya.

Katanya, dia masih terkejut dan sedih dengan kehilangan anak serta menantu, namun reda dengan apa yang ditentukan Ilahi.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber HM