Selepas 2 tahun tiada ‘job’, hanya bergantung duit simpanan – Ali Puteh Sedia Berdamai Dengan Nor Hidayah


Kemelµt antara Ali Puteh dengan balµ kepada Allahyarh4m Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberi kesan besar kepada kerjaya pelawak itu apabila dia tidak menerima banyak tawaran kerja dan ada antaranya dibatalkan pada saat-saat akhir.

Ali Puteh, 33 tahun yang merupakan adik kepada arw4h Abam mendɛdahkan dia melalui hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri untuk menyara perbelanjaan keluarga.

“Sejak awal kɛs ini mendapat perhatian memang banyak job saya dib4talkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

“Saya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar. Bagaimanapun syukur segala kelengkapan masih mencukupi,” katanya.

Akui tertɛkan dengan situasi yang dilalui, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa kuat demi meneruskan kehidupan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Dalam masa sama, Ali tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk dia memperbaiki diri sendiri.

ANGGAP APA YANG BERLAKU SEBAGAI UJIAN.

“Memang ada rasa tertɛkan kerana saya ada tiga orang anak. Ketika arwah ibu masih hidup saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya hanya katakan kepada isteri percayalah rezeki akan datang satu hari nanti.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah SWT terhadap d0sa-d0sa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini,” ujarnya.

Sementara itu kata Ali Puteh, dia bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemɛlut yang melanda antara mereka.

Bagaiamanapun Ali men0lak jika ada mana-mana pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berbaik sebagai satu bahan untuk tontonan umum.

“Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid,” jelasnya.

Untuk rekod, Abam meningg4l dunia pada 10 Februari 2020 akibat dɛmam panas.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitn4h terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggµngjawab.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kɛs tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rµgi sebanyak RM60,000.

LATAR BELAKANG ALI PUTEH.

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia. Dia merupakan adik kepada Allahyarh4m pelawak popular yang bernama Abam Bocey.

Ali Puteh pernah menyertai program Raja Lawak musim ke- 6 bersama abangnya Abam yang merupakan anggota Bocey, kini. Ketika itu mereka dikenali sebagai Albob.

Kemudian, pada tahun 2013 Ali mencuba nasib menyertai program bintang mencari bintang. Pada tahun itu, beliau bersama Mohd Daniel Lee dan mereka dikenali sebagai Bowl. Mereka merupakan Protege kepada Dato’ Afdlin Shauki ketika itu.

Pada tahun 2015, Ali menyertai Projek komedi Warna. Beliau merupakan anggota kumpulan puteh bersama dengan Mamak yang menjadi naib juara Projek Komedi Warna 2015. Ketika itu, nama mereka baru mula disebut-sebut dalam industri lawak tanah air. Gandingan mereka berdua disukai dan menjadi.

Pada tahun 2016, mereka menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 dan berjaya mara ke final lalu mendapat tempat ketiga. Selama 4 tahun mereka mencuba nasib untuk menyertai Maharaja Lawak Mega dan menggapai title juara.

Pada tahun 2019 iatu tahun ke empat menyertai program tersebut, mereka menambah seorang ahli anggota baru iaitu Man Raja Lawak yang merupakan juara Raja Lawak musim ke 5. Berkat usaha mereka mencuba akhirnya mereka dinobatkan sebagai juara untuk kali yang pertama.

Sumber mstar.