Lelaki Ini Sanggup Bawa Bungkµsan Khas Dari Malaysia Demi Beri Kucing Makan Di Mekah & Madinah – Tak Kisah Beg Berat

 


Kunjungan kali pertama lelaki ini ke tanah suci Makkah pada Januari lalu ternyata meninggalkan memori yang cukup bermakna.

Lebih istimewa, Mohd Izamal Mohd Noor, 37 tahun turut membawa sebungkus makanan kucing seberat 1.8 kilogram (kg) untuk diagihkan kepada haiwan comel itu di sekitar Mekah dan Madinah.

Bapa kepada dua cahaya mata itu mendɛdahkan dia sudah lama memasang niat berkenaan memandangkan dirinya juga merupakan pencinta kucing.

“Keluarga saya dan keluarga mentua, kedua-duanya memang keluarga pencinta kucing. Kami selalu bagi makan kepada kucing-kucing di kedai, mahupun kucing jalanan.

“Alang-alang nak pergi umrah bersama isteri dan ibu, saya pun bawa makanan kucing dari Malaysia. Sebelum ini, ada kenalan pernah buat juga. Saya bawa satu beg saja, memang dari awal dah niat nak sedekah untuk kucing-kucing di sana.

“Sepanjang berada di tanah suci, saya temui banyak kucing-kucing jalanan. Ada kucing yang cukup sifat, ada juga kucing buta dan sebagainya. Ketika bagi makan, ada juga orang yang pandang pɛlik, tapi saya tak kisah sebab memang suka kucing,” ujarnya.

Senang disapa Izamal, dia yang berangkat ke Mekah pada 4 Januari lalu telah kembali ke tanah air pada 16 Januari.

Menurut Izamal, isterinya Lubaina Muha, 37, tahun juga turut berkongsi rakaman video ketika dia menyantuni kucing-kucing di Madinah menerusi aplikasi TikTok.

Tanpa disangka-sangka, video itu sehingga kini meraih hampir 80,000 tontonan dan dibanjiri dengan pelbagai komen netizen.

Hiba hati ini dapat tengok Kaabah, dapat ziarah makam Rasulullah dan berkunjung ke tempat sirah nabi.

“Isteri saya yang kongsi video ke TikTok. Tiba-tiba ia dapat perhatian ramai. Alhamdulillah, mungkin rezeki kucing. Kami pun tiada niat nak ri4k, cuma nak tunjukkan kebaikan yang kita boleh lakukan.

“InsyaAllah murah rezeki kalau kita beri makan pada haiwan. Haiwan ini seperti pokok, mereka sentiasa berzikir. Mungkin dalam secebis rezeki yang kita kongsi, ia akan doakan kita juga,” ujar Izamal yang mengusahakan bisnes menjual tudung bersama isterinya.

Menurut Izamal, dia dulu pernah membela kucing, namun sudah berhenti kerana tidak sampai hati melihat haiwan-haiwa peliharannya m4ti dilanggar kereta dan dimakan anj1ng.

“Dulu memang saya bela, tapi banyak m4ti kena langgar, ada yang kena makan dengan anj1ng. Saya jadi kɛsian, jadi sekarang saya hanya main dengan kucing-kucing di rumah ibu saya dan rumah mentua.

“Walaupun dah tak bela, saya memang sentiasa sediakan makanan kucing. Memang ada kucing-kucing jalanan yang selalu datang ke rumah saya,” ujarnya.

Bercerita mengenai pengalaman pertama kali mengerjakan umrah, Izamal akui bersyukur dapat menjadi tetamu Allah SWT biarpun dalam kunjungan yang singkat.

“Ini kali pertama ke sana. Awalnya saya fikir isteri main-main saja. Memang kɛlam kabut, persiapan dibuat dua minggu sebelum berangkat.

“Dalam hati rasa t4kut, t4kut tersalah rukun dan sebagainya, maklumlah kali pertama nak buat umrah. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada S0P (Prosɛdur Opɛrasi Standard) di sana.

“Hiba hati ini dapat tengok Kaabah, dapat ziarah makam Rasulullah SAW dan berkunjung ke tempat sirah nabi. Dulu saya belajar dan tengok di TV, akhirnya dapat lihat dan rasai sendiri,” ujarnya lagi.

Sumber mstar.