Bukan Main H1na Kem4tian Adibah Noor, Akaun Fb Pemuda Biadab Dah ‘Gh4ib’

Bukan Main H1na Kem4tian Adibah Noor, Akaun Fb Pemuda Biadab Dah ‘Gh4ib’

Sejak semalam, ramai netizen meluahkan kemarahan terhadap seorang pemuda yang memberikan komen disifatkan biadab terhadap laporan mengenai pemergian penyanyi Adibah Noor.

Menerusi komen ditinggalkan, pemuda tersebut mempersoalkan tentang aurat Allahyarham yang tidak ditutup sehingga menghembuskan nafas terakhir.

“Sampai ke akhirat hayat tak tutup aurat. Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati.

“Menjawab la dalam kubur. Nauzubillahi min zalik. Moga keturunan aku tiada seperti ini. Selamat menjawab soalan di alam barzakh. Good luck,” tulis pemuda itu pada salah satu laporan di Facebook Harian Metro.

Hasil pencarian mendapati, akaun Facebook milik pemuda berkenaan tidak ditemui dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi dikecam orang ramai.

Bagaimanapun, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Tangkap layar komen tersebut menjadi tular di semua platform media sosial selain beberapa posting lama termasuk gambarnya juga sempat ‘dikorek’ netizen.

Salah satu gambar yang tersebar adalah kelihatan pemuda itu tidak memakai baju dan hanya menutupi badan dengan sehelai tuala yang terdedah pada bahagian pusat (aurat lelaki).

Meninjau di ruangan komen pada ciapan @BN4everTN5O, warga Twitter terus mengecam tindakan pemuda berkenaan yang ‘sesuka hati’ menilai dan menghukum manusia seolah-olah mengambil kerja Tuhan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Berhati-hati sebelum komen, gunakan akal fikiran sebaiknya supaya tidak mengguriskan hati mana-mana pihak.

Sumber:ohmymedia