Anak 2 tahun m4ut dip4tvk ular, sayu lihat ibu bapa beri kucupan terakhir


Percutian seorang kanak-kanak lelaki di rumah datuknya berakhir tragedi apabila meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika bermain di luar rumah, kelmarin.

Kisah sedih menimpa kanak-kanak dikenali sebagai Fayyad itu dikongsi pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKJV), Mr Wan Cai menerusi beberapa posting di laman Facebook rasmi miliknya.

Bercerita lanjut, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikatakan bermain seorang diri sebelum ibunya yang sedang menguruskan seorang lagi anak terdengar jeritan mangsa di luar rumah.

Damailah di alam sana adik Fayyad

Si ibu terus bergegas keluar dari dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi terhadap adik Fayyad..
adik Fayyad kemudiannya dilihat terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan.. Si ibu mendapati kaki kanan anaknya itu terdapat kesan seperti patukan ular,” tulis Mr Wan Cai.

Difahamkan, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan keadaan yang semakin kritik4l.

Bagaimanapun, Fayyad disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi semalam dimana jenazah telah diuruskan pasukan Mr Wan Cai di Kampung Sireh, Kuala Nerang.

Selain itu, Mr Wan Cai turut berkongsi sekeping foto memaparkan ibu bapa mangsa iaitu Syazwani Abdul Aziz dan Muhammad Eusof memberikan kucupan terakhir buat anak tersayang.

Sayu tengok, hilang sekelip mata

Rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut dan mendoakan kedua ibu bapa itu agar diberikan ketabahan dalam menempuhi ujian Allah SWT.

Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official