Mak Tinggal Sebelah Rumah Je, Tak Pernah Nak Berbuka Bersama Mak..”S0mbong Kau Anak2″


Terima kasih kerana svdi s1arkan cerita saya. M4af kalau panjang sangat. Saya harap semua baca sampai h4bis, untuk peng4jaran semua.

Saya anak sulung. Mak ayah masih ada. Suami anak b0ngsu daripada 8 adik-beradik. Semua pun dah k4hwin.

Lepas berkahw1n saya t1nggal dengan emak mertua. Bapa mertua dah lama meninggal, saya tak sempat ken4l pun.

Saya tak k1sah tinggal dengan emak mertua sebab suami pernah cakap dia nak jaga mak dia sampai akh1r h4yat mak dia.

Mak mertua saya dah umur 65 tahun. Dah tak larat sangat pun. Saya tak kisah penuhi hasrat suami untuk sama-sama jaga mak mertua.

Kakak ipar yang duduk sebelah rumah ni pun, tak pernah berbuka dengan mak mertva saya ni.

Saya pernah tanya suami, kenapa tak ajak kakak ipar yang sebelah rumah ni berbuka dengan mak. Dia cakap malas nak tanya nanti bermasam muka.

Aik? ajak berbuka makan sama-sama pun boleh masam muka ke? Pelik sungguh.

Tapi, kalau baca kat whatsapp group kemain sorang-sorang. Share pasal quote ustaz betapa pentingnya doa seorang ibu lah,

kewajipan menjaga kebajikan ibu lah, cara bahagiakan ibu lah. Masing-masing berlumba-lumba share quote2 berkaitan ganjaran menjaga mak.

Masuk ni, dah 7 tahun jugak saya tak beraya dengan mak ayah saya. Raya pertama je kat rumah mertua.

Every year without fail. Awal2 saya tak kisah. Tapi, dah masuk tahun ke 7 ni, saya dah mula rasa meluat.

Mak ayah saya hidup lagi. Saya anak sulung. Tanggungjawab kat mak ayah, saya tak dapat jalankan dengan baik sebab sibuk fikirkan hal mertua.

Tahun ni, saya cakap kat suami, saya nak hari raya pertama kat rumah parents saya. Boleh agak tak apa yang jadi?

Of course kami bergaduh! Suami tak nak sebab alasan dia nanti mak dia tinggal sorang.

Saya bekerja dan gaji saya lebih besar dari gaji suami. Setiap bulan, saya yang keluarkan belanja lauk.

Saya siap bagi duit poket lagi kat mak mertua. Kat mak ayah saya sendiri, duit yang saya bagi tu la duit lauk, tu la duit yang diorang nak guna buat bayar benda2 lain. Sedih kan?

Saya dah bosan. Saya letih, penat, meluat, menyampah dan macam2 lagi perasaan bercampur baur.

Pernah terfikir nak berpisah dengan suami supaya saya dapat berbakti sepenuhnya pada mak ayah saya. Tapi, entahlah.

Nasihat saya, jagalah mak korang baik2. Mak hidup lagi la kena hargai. Hargai mak tu bukan dengan cara berdoa kat whatsapp tapi, buat dengan perbuatan.

Saya ni menantu dalam keluarga ni. Nak tegur kang, jadi lain pulak. Tolonglah doakan saya dapat berbakti kat mak ayah saya ye ;(

Sumber:SantaiViral