Bilal Rebah Selepas Laung Azan Isyak…“Pergi Di Malam Jumaat,”


Hidup dan m4ti merupakan rahsia Maha Pencipta. Tiada sesiapa pun dapat mengetahui perjalanan hidup seseorang dan tarikh kem4tiannya kelak. Namun begitu, pemergian dalam keadaan sedang beribadat kepada Allah S.W.T adalah salah satu impian setiap umat Islam. Hal ini bukan sahaja dipandang tinggi oleh masyarakat, malahan memberi perspektif yang baik kepada semua.

Meningg4l dunia di masjid

Menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada laman Facebook Masjid An-Nur Felda Teloi Timur, seorang lelaki yang warga emas telah meningg4l dunia seusai melaungkan azan Isyak.

Rebah selepas selesai azan

Menerusi kenyataan daripada Facebook sumber, warga emas yang juga merupakan peneroka Felda dikenali sebagai Ahmad bin Said atau mesra disapa (Mat CB). Dia sering menjadi bilal secara sukarela dan melaungkan azan apabila tiba waktu solat fardu di masjid tersebut. Ahmad yang baru usai melaungkan azan Isyak telah rebah secara tiba-tiba.

Baru selesai majlis bacaan Yassin

Orang ramai mulai mengerumuni Ahmad yang ketika itu sudah pun meningg4l dunia. Menurut sumber juga, masjid itu baru selesai mengadakan rutin mingguan iaitu bacaan Yassin dan tahlil ringkas memandangkan semalam adalah hari Khamis malam Jumaat.

Salam takziah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jenazah atas pemergian seorang bilal yang merupakan kariah masjid An-Nur Felda Teloi Timur. Perjalanan menemui Allah S.W.T yang sungguh cantik aturannya telah dicemburui oleh mereka kerana menyifatkan kem4tian tersebut sebagai Khusnul Khotimah iaitu dijemput ilahi ketika sedang berbuat kebaikkan.

Kematian yang dicemburui

Kematian yang dicemburui

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber: Masjid An-Nur Felda Teloi Timur