Sudah Sampai Masa Kerajaan Wajibkan Dos Penggalak. Enggan Mendapatkan Vaksin Itu Selepas Tarikh Berkenaan, Status Vaksinasi Bertukar Kepada Tidak Lengkap


Sudah Sampai Masa Kerajaan Wajibkan Dos Penggalak. Enggan Mendapatkan Vaksin Itu Selepas Tarikh Berkenaan, Status Vaksinasi Bertukar Kepada Tidak Lengkap

PADA Rabu, sejumlah 78 kes kem4tian akibat Covid-19 direkodkan termasuk 34 kes kem4tian yang berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal CovidNow, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kem4tian kini mencecah 32,827 orang.

Bukan menidakkan takdir, adakah kita sudah menang menangani Covid-19? Kian hari kes j4ngkitan dan kem4tian akibat Covid-19 bertambah.

Biarpun terdapat trend peningkatan dalam kemasukan ke hospital ketika gelombang Omicron, namun kadar discaj dari hospital turut naik mendadak. Seperti yang kita sedia maklum, KKM tidak akan melanjutkan lagi tempoh pemberian dos penggalak yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini kepada penerima vaksin Sinovac.

KKM sebelum ini menetapkan tempoh akhirnya ialah sehingga 28 Februari lalu, namun ia dilanjutkan. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jika mereka masih enggan mendapatkan vaksin itu selepas tarikh berkenaan, status vaksinasi mereka bertukar kepada tidak lengkap.

Merak Jalanan berpendapat, sudah sampai masanya KKM mempertimbangkan untuk mewajibkan semua individu dewasa untuk mendapatkan dos penggalak. Sekiranya ia tidak diwajibkan, keadaan tidak akan berubah, kadar jangkitan akan bertambah dan tidak mustahil semakin ramai yang terpaksa menjalani kuarantin selama lima hari akibat dijangkiti Covid-19.

Sumber:sinarharian