Subhanallah… Lantunan Ayat Suci Al-Quran Mengiringi Pemergiannya Dijemput Illahi


Setiap yang beriman pasti ingin m3ninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Baru-baru ini, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil sempat membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum meninggal dunia. Dalam video yang tular di media sosial, Allahyarham dilihat sedang terbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan.

Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi

Berdasarkan perkongsian portal Arab, Sheikh Abdul A’ti lahir di Edfu, utara Aswan pada 1934. Beliau kemudiannya mengikut ayahnya berpindah ke Esna dan menghafaz kitab suci Al-Quran pada usia muda sebelum hilang penglihatan.

Pada usia 15 tahun, beliau menghabiskan hafazan Al-Quran dan menyertai sekolah menengah Al-Azhar. Beberapa hari lepas, beliau didakwa mengalami masalah kesihatan dan menunjukkan simpt0m jangkitan kor0nav!rus. Beliau menjalani ujian saringan dan didakwa p0sitif v!rus berkenaan. Pun begitu, punca sebenar kem4tiannya tidak ketahui.

Tanda Pngakhiran yang baik;

Petikan dari laman berita kosmo

JIKA ditanya kepada seluruh umat Islam, peng4khiran bagaimanakah diinginkan mereka, pastinya menoktahkan sisa-sisa kehidupan dengan dakapan husnul khatimah antara diimpikan setiap muslimin dan muslimat.

Husnul khatimah boleh didefinisikan sebagai suatu kem4tian di mana penyudah kehidupan seseorang itu berada dalam keadaan terbaik selain dipeluk dengan keredaan Yang Maha Mencipta.

Sementara itu, Pegawai Zakat Bahagian Dakwah Am, Zakat Pulau Pinang, Muhammad Nazreen Aduan berkata, husnul khatimah merupakan satu kem4tian di mana ia mendapat rahmat, kasih sayang dan belas ihsan daripada Allah SWT.

“Secara konsepnya, tanda-tanda seseorang itu mendapat husnul khatimah tidak dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran, namun dijelaskan menerusi hadis sahih yang di­tinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

“Antara ciri-ciri seseorang itu disifatkan dengan peng4khiran husnul khatimah ialah bibirnya sentiasa bergetar dengan kalimah Allah di akhir hayatnya selain meningg4l pada hari Jumaat,” ujarnya.

Jelasnya lagi, sesiapa yang meningg4l duni4 pada hari Jumaat disifatkan sebagai ­peng4khiran yang baik berikutan terlepas daripada az4b kubur dan akan diterangi dengan cahaya-cahaya syurga.

“Ciri lain mendapat husnul khatimah antaranya dahi jen4­zah berada dalam keadaan berpeluh di mana kem4tiannya berada dalam keadaan mukmin atau dipanggil sebagai sesuatu yang baik.

“Pun begitu, ia bukanlah menjadi kayu pengukur sama ada seseorang itu husnul khatimah atau sebaliknya dan kita tidak boleh katakan, jen4zah yang tidak berpeluh di dahi bukan peng4khiran yang baik,” katanya.

Menurutnya, kem4tian mendapat reda ramai seperti suami, ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan juga merupakan antara ciri seseorang itu didakap dengan peng4khiran yang mulia di sisi Allah.

Susulan itu, Muhammad Nazreen menasihatkan umat Islam agar sentiasa mendoakan dikurniakan husnul khatimah serta berterusan melakukan kebaikan supaya didakap dengan ­peng4khiran yang baik kelak.

Akhir Kata:

Semoga Pengakhiran kita juga husnul Khotimah dan semoga amal ibada kita diterima di sisi ALLAH SWT… Aamiin Allahumma Aamiin

Sumber: siakapkeli VIA MY SUMBER MAYA & kosmo