“Kau ambil barang aku, pulangkan balik hak aku” – Didatangi M4ngsa Kem4langan M4ut


Gambar Sekadar Hiasan# Ada satu mimpi yang sampai sekarang masih saya ingat tentang kejadiannya. Ianya mengenai satu kejadian yang berlaku dalam 18 tahun yang lalu, iaitu sewaktu saya bertugas sebagai seorang pemandu ambulans di sebuah hospital di utara tanahair.

Masih saya ingat pada malam kejadian, seperti biasa semasa saya bertugas di pejabat, kami mendapat panggilan kecɛmasan mengatakan satu kem4langan m4ut telah berlaku di lebuh raya PLUS ke arah utara tanah air. Ketika mendapat panggilan itu, jam sudah melebihi 12 malam.

Seperti biasa, saya bersama rakan setugas terus memandu ambulans ke lokasi kejadian. Setibanya di tempat kem4langan, ada sebuah trailer terbalik di tengah jalan, manakala sebuah lori lagi rɛmuk tersadai di bahu jalan.

Bau petrol kuat menusuk ke hidung saya. Keadaan di situ amat kelam kabut yang juga dikerumuni oleh orang awam untuk menyaksikan kejadian itu. Tanpa berlengah lagi, kami terus mengeluarkan stretcher dan menolak menghampiri trailer yang terbalik.

Pada mulanya saya menyangka hanyalah kem4langan biasa sahaja. Rupa-rupanya ia kem4langan m4ut yang amat d4syat. Berpandukan lampu van dan lori, saya dapat melihat tul4ng dan d4ging bersepah di merata tempat di lokasi kem4langan.

Permukaan jalan menjadi merah dibasahi dengan d4rah. Bau hanyir d4rah pula agak kuat dan menvsuk ke hidung. Pada waktu yang sama, para anggota petugas lebuh raya juga sibuk mengutip tul4ng-tul4ng berserta cebisan d4ging m4ngsa kem4langan.

Untuk mempercepatkan operasi menyelamat, saya turut membantu setakat yang termampu. Saya mengutip sisa tul4ng dan d4ging yang bertaburan di atas jalan dan kumpulkan pada satu tempat.

Sukar hendak saya gambarkan keadaan m4yat mangsa ketika itu. Yang pasti memang mengɛrikan dan salah seorang daripada m4yat m4ngsa itu h4ncur sehingga sukar untuk mengenali rupanya.

Kami para petugas juga menghadapi masalah untuk mengutip cebisan d4ging dan tul4ng-tul4ng itu disebabkan serpihannya yang terlalu kecil, berkɛcai dan bertaburan di atas jalan.

Setelah semuanya selesai, saya terus membawa m4yat ke hospital di mana tempat saya bertugas. M4yat itu kemudian dihantar ke bilik m4yat untuk proses pengurusan jɛnazah.

Memang mengɛrikan apabila saya terkenangkan m4yat m4ngsa kem4langan. Baru beberapa tahun bertugas, kiranya itulah pengalaman pertama saya menyaksikan keadaan m4yat berkɛcai sedemikian rupa.

Selepas selesai bertugas, saya pulang ke rumah. Kerana terlalu letih dan penat, saya letakkan saja kepala di atas bantal dan terus terlelap. Ketika itulah saya bermimpi sesuatu yang anɛh.

Dalam mimpi itu, saya didatangi seorang lelaki yang tidak saya kenali. Lelaki itu merenung tajam dan riak wajahnya seperti seorang yang sedang marah.

Kemudian, lelaki itu datang menghampiri saya dan menjɛrkah saya, “Kau ambil barang aku, pulangkan balik hak aku”.

Terkɛjut dengan jɛrkahannya itu, saya terjaga daripada tidur. Saya merasa agak pelik, siapa lelaki itu? Saya memang tidak mengenalinya dan apa barangnya yang telah saya ambil? Persoalan itu membuat saya menjadi b1ngung.

Pada pagi keesokannya, dari awal pagi lagi fikiran saya asyik terkenangkan lelaki di dalam mimpi tersebut. Saya cuba untuk tidak memikirkan mimpi itu dan menganggapnya mainan tidur. Tapi, wajah lelaki itu asyik bermain dalam fikiran saya. Entah kenapa saya merasakan apa yang dikatakan lelaki itu mungkin adanya satu petanda.

Ketika hendak bersiap untuk ke bertugas, saya mencari uniform yang saya pakai semalam. Saya membelek di setiap inci pakaian saya, tiada satu barang yang dijumpai.

Mimpi tentang lelaki mistɛri itu tetap mengh4ntui sampaikan saya rasa tidak puas hati selagi tidak dapat mencari apa ‘barang’ yang dimaksudkannya itu.

Saya mencari pula ke dalam raga motosikal yang saya gunakan untuk pergi bekerja, tiada sebarang barang di dalamnya. Saya membelek-belek di bawah kusyen motosikal, tiada ada apa-apa barang yang saya jumpai. Saya menjadi semakin buntu.

Sambil berfikir tentang mimpi itu, saya duduk di kerusi untuk memakai kasut. Sewaktu mengangkat kasut, saya ternampak seperti ada benda yang melekat pada tapak kasut.

Apabila saya terbalikkan kasut dan membelek betul-betul, alangkah terkejutnya saya bila melihat ada serpihan tul4ng m4yat melekat di tapak kasut.

Itulah kasut yang saya pakai semasa bertugas semalam. Rupa­-rupanya saya telah terbawa balik serpihan tul4ng m4yat m4ngsa kem4langan semalam yang melekat pada tapak kasut saya.

Ketika itu juga saya seakan telah mendapat jawapan terhadap mimpi anɛh malam tadi. Lelaki yang saya lihat dalam mimpi saya semalam adalah lelaki yang terlibat dalam kem4langan maut itu. Mungkin ‘dia’ m4rah atau mengingatkan saya agar mengembalikan serpihan tul4ngnya.

Saya mengambil serpihan tul4ng tersebut dan membungkusnya dengan kain. Saya ke hospital tempat saya bertugas. Sebelum mula bertugas, saya singgah ke bilik m4yat terlebih dahulu. Amat terkɛjut petugas bilik m4yat itu bila saya menyerahkan serpihan tul4ng tersebut. Saya memberitahu ianya serpihan tul4ng m4yat dari m4ngsa kem4langan m4ut yang berkɛcai pada malam tadi.

Setelah menyerahkan serpihan tul4ng itu, barulah hati saya berasa lega dan tenang. Selepas itu, kelibat lelaki m4ngsa kem4langan tidak lagi muncul dan mengganggu tidur saya.

Selepas kejadian itu, saya menjadi lebih berhati-hati apabila melakukan sebarang operasi menyelamat m4ngsa kem4langan terutama jika tubuh badan m4ngsa berkɛcai.

Kalau ikutkan logik akal, memang sukar untuk mempercayaitentang apa yang berlaku. Tapi, adakalanya tidak semua perkara mampu diterangkan dengan fakta.

Sumber Khairuz Azarai, pemandu ambulans.