AKU BARU N̷IKAH. H̷ADIAH K̷AHWIN MAH̷AL2 SEMUA MAK MERTU̷A AMBIL T̷ANPA IZIN, YG MUR̷AH TINGG̷AL KAT AKU DAN SUAMI


Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum. Aku Mimi, sudah berkahwin, ada seorang anak. Aku ceritakan sikit latar belakang aku. Aku berkahwin atas restu kedua pihak. Walaupun pada mulanya, memang ada knflik antara ibu dan bakal ibu mertua aku (mertua aku mrah mak aku tanpa usul periksa dan salah dari anak diaorang sendiri which is tunang aku masa tu) tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Setelah berkahwin, suami memilih untuk tinggal sementara dirumah mertua memandangkan suami masih tak dapat kerja tetap dan ada bilik kosong yang selesa untuk kami.nSuami aku hanya ada 3 beradik, jadi aku fikir tak susah lah untuk aku ngam dengan semua orang.

Tapi, setelah 3 bulan berkahwin, mak mertua aku mula gunakan kuasa veto as “queen”. Hampir semua yang aku buat, tak kena. Dia bentak aku. Dia marah. Dia panggil aku untuk “berbincang” tapi isinya cukup buat aku rasa terhina.

Dia pesan supaya aku menjaga penampilan diri supaya suami aku tak cari lain sebab katanya dekat luar tu ramai lagi orang cantik2 dari aku, sedangkan aku skit waktu tu, seminggu aku tak dapat bangun dan urus diri.

Kalau kami keluar, dia akan whatsapp suruh balik cepat atau pesan siap2 balik nanti kena tolong dia kemas rumah, mop lantai dan sebagainya.

Dia pernah ketuk pintu bilik aku pkul 6.30 pagi sebab nak suruh aku tolong dia siapkan sarapan dekat dapur. Dia pernah bukak pintu bilik aku tanpa minta izin, sedangkan dia tahu aku dengan suami ada dalam bilik.

Dia ambil hadiah-hadiah kahwin aku mana yang dia berkenan dan mahal2 tu untuk kegunaan dia dekat rumah tanpa izin. Hadiah murah dia tinggalkan kat aku dan suami. Time aku balik rumah mak ayah aku, dia selalu whatsapp kadang suruh balik dan sebagainya.

Pernah juga dia whatsapp aku dan suami, marah2 katanya toilet dalam bilik kiteorg, kotor sampai geli nak guna. Aku pelik, sebab sebelum aku keluar aku mesti pastikan bilik air cuci dan bersih.

Bila tanya bapak mertua aku, dia snap gambar toilet. Rupanya, ada kesan rambut yang terlalu sikit je.

Kalau nak cerita, banyak lagi benda lain yang dia buat. Dia pernah tolak aku time pregnant, dia pernah tepis tangan aku bila nak bersalam. Dia pernah, berpaling muka dari pandang aku. Dia pernah hina keluarga aku, dia hina aku. Banyak. Terlalu banyak.

Semua nie berlaku, bila dia terasa hati dengan suami aku. Sedangkan punca dia terasa hati tu pun, sebab dari sikap dia sendiri.

Mak mertua aku jenis sayang anak tak bertempat pada pandangan aku. Bila anak dia salah, sehabis boleh dia akan usaha untuk menafikan.

Jadi, bila dia geram atau nak marah, dia akan lepaskan pada aku. Beberapa tahun, aku cuba senyapkan sendiri. Tahan, pendam. Mak mertua aku demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati.

Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku. Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak mcm lebihkan family in law aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Akhirnya, kami pindah rumah lepas berlaku satu kejadian yang lebih teruk. Aku tak boleh cerita dekat sini. Nanti confessions nie jadi terlalu panjang.

Terbaru, hari raya pertama baru nie. Aku dengan suami memang dah maklum awal pada keluarga mertua yang raya tahun nie kami akan beraya dengan keluarga aku. Memandangkan kami semua duduk dalam satu negeri, tak jadi masalah lah untuk kami berulang.

Nak dijadikan cerita, suami aku kena kerja shift malam, malam sebelum raya dan malam hari raya. Jadi agak penat lah.

Hari raya pertama, lepas habis shift habis kerja dalam pkul 7 pagi, suami aku terus bersiap dan gerak balik rumah mak ayah aku, sampai dalam pkul 8.30 pagi. Kami siap2 untuk solat, bermaafan, bergambar, makan semua. Jadi dalam pkul 1 tengahari dah settle.

Aku suruh suami aku rest dulu sebelum balik rumah parents dia. Sebab aku taknak kalau balik sana nanti, dia tidur je. Mcm takde function lah kan raya tidur je. Hahaha. Dah la nak berziarah tak boleh sangat. Jadi aku pilih untuk dapatkan kualiti masa yang baik.

Walaupun mungkin sekejap, tapi biar berbaloi. Dalam pkul 4 petang suami aku bangun dan kami terus bersiap. Tengah kami bersiap, bapak mertua aku call.

Suami aku angkat, tapi dia diam je. Sambil mata merah tahan nak menangis. Suami aku suruh aku keluar bilik sekejap sampai dia selesai bercakap.

Aku keluar sambil siapkan bekalan untuk family mertua aku. Bila suami aku keluar dari bilik, dia cakap jom dan “tak jadi balik Putrajaya..” aku lagi lah musykil kenapa pulak dah,, kan nak raya dengan family dia.. Dia tak jawab apa2, tapi aku dapat hidu macam ada sesuatu yang jadi. Isteri kan ada 6senses. Haha.

Rupanya, masa call tu dia kena marah dengan bapak mertua aku. Macam2 ayat suami aku dapat. Tanya bila nak sampai, tanya kenapa sekarang baru nak siap dan akhirnya dia cakap “tak payah balik”. Korang banyangkan apa perasaan kitaorang, terutama suami aku.

Dia punya excited nak balik dengan penat2 tu, dia ada juga cakap dengan aku waktu nak bersiap tu yang dia tak larat sebenarnya, tapi takpe lah. Kita balik je. Sekali, bila dapat call tu, boleh pulak dia kena marah.. Aku pun tak faham mana silap kami.

Bukan ke semua dah maklum yang tahun nie turn keluarga aku? Bukan ke suami aku dah maklum akan balik petang2 sikit memandangkan suami aku kerja?

Aku diam. Aku tak kata apa melainkan aku terkejut dan cakap, “ehh, bukan dah tahu ke kita raya dengan mak ayah saya tahun nie?”

Aku tak puashati, malam tu aku tanya kakak ipar aku apa masalah sampai nak marah2 mengaamuk2 mcm tu. Rupanya, sebab diaorang fikir kalau smpai lewat nanti akan kelam kabut dan sekejap je dpt spend time. Allahu. Menggigil aku tahan marah. Astaghfirullah.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Selalu sgt jadi kejadian mcm nie terutama bila kami dari rumah mak ayah aku.

Aku penat sangat. Berat aku turun mendadak since selalu stress dengan benda-benda mcm nie. Mak mertua aku jenis nak sempurna semuanya dan terlebih touching tapi garang. Haha.

Dia suka cakap aku dah rmpas kasih sayang anak dia dari dia. Dia kata aku nie dah jauhkan anak dia dari dia. Sedih aku.

Selama aku belajar, ibu tu ada kedudukannya yang tersendiri dan batas pada ank lelaki. Isteri pun sama. Ibu, takkan boleh jalankan tanggungjawab seorang isteri,

begitu juga seorang isteri selamanya takkan boleh naik taraf setinggi ibu. Aku tak pernah terfikir nak rampas anak lelaki org dari ibunya.

Aku sampai dah tak tahu apa cara lagi nak buat atleast ada baiknya tentang aku pada pandangan dia. Aku pernah bagi dia kuih yang aku buat sendiri sempena birthday dia, terima kasih takde, apa takde. Yang ada, dia tanya aku, “guna santan kotak ke? Boleh rasa santan kotak tu..” kau rasa??

Hahaha. Penat giler aku nak melayan. Bukan aku tak pernah belikan hadiah atau tanya kaba dia, tapi setiap kali buat baik ada je yang tak kena. So, aku stop membazirkan masa dan duit aku untuk buat dia bahagia pada sangkaan aku tu.

Aku dah dapatkan kaunseling, nasihat dan pandangan dari asatizah dan ulama2 untuk diri sendiri. Aku cuba perbaiki, so biasanya aku akan okay sikit.

Tapi nanti ada je kejadian aneh lagi. Aku sebut aneh sebab logik akal, tak perlu marah, tak perlu terasa, dan benda yang sedia maklum kita inform awal-awal.

Tapi, untuk side dia, dia berhak untuk marah sebab dia ibu dan syurga suami aku dibawah Mak mertua aku jenis demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati. Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku.

Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak mcm lebihkan family inlaw aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Aku buntu. Aku tak tahu nak buat mcm mana lagi dah. Aku rasa nak lari jauh-jauh, penat nak hadap semua nie.

Aku kuat pertahankan rumahtangga aku nie, sebab suami aku sendiri. Dia sangat memainkan peranan. At least, dia boleh bezakan mana betul mana salah tapi masih lagi menghormeniggal dunia ibu dia. Itu aku syukur sangat2.

Ujian aku nie, taklah teruk mana. Paling tidak suami aku, masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah yang baik untuk keluarga kecil kami dan anak yang baik walaupun mcm tak pernah dihargai.. huhu. Aku kena bersyukur part nie. Alhamdulillah

Korang doakan aku dan keluarga supaya kami jumpa jalan keluar dan selesaikan masalah nie cepat-cepat. Aku ingat, bila dah habis Ramadhan, kami akan berbaik bermaafan tapi tak sempat bermaafan, terus kena balik. Hahaha. Aduhai. Moga cepatlah pelangi indah itu tiba.

Mana yang baik, jadikan ped0man. Yang buruk, jadikan ikhtibar. Semoga kita, tidak mengulangi kesilapan yang sama pada anak-anak dan menantu kelak sebab kita tahu betapa saakitnya disaakiti dan dizalimi begini.

Aku pegang satu benda je since dah jadi mak nie, memang Syurga tu terletak pada kaki ibu tapi kita belum tentu dah jadi sebenar syurga untuk anak2 dan dekat alam barzakh nanti, kita pula yang perluukan doa anak-anak.

Bayangkan kalau kita mngal dunia, anak2 taknak doakan kita. Dekat akhirat nanti, anak2 pula tuntut segala benda yang kita tak jalankan dengan baik. Nauzubillah. Takutnyaaaa. Astaghfirullah. Jadi, kita nie sebenarnya hidup saling memerluukan.

Betul la setiap ujian tu sebenarnya, satu pengajaran berharga untuk kita. Hanya iman yang menentukan ia jadi jalan ke Syurga atau ke Neraaka.

Aku minta maaf kalau ayat aku kucar kacir, terima kasih admin, jika tulisan aku nie disiarkan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Eida Amin, Hmm macam2 cara awak dah buat tapi tak jalan gak kan? Kalau saya jadi awak, last2 ignore je. Dia nak cakap apa, nak buat apa, buat taktau je. Takyah layan. Kalau dia cakap jangan balik, takyah balik. Biar dia rindu anak dia.

Takyah nak terasa hati ke sedih ke apa sebab dah tau perangai mak dia lagutu. Kalau dia tak suka awak masak, awak takyah masak. Dia nak cakap awak pemalas ke apa ke biar dia cakap.

Kadang2 org camni lagi kita melayan, lagi kita nak please dia, lagi menjadi2 perangai dia. Tapi at the same time sentiasa berbuat baik. Cumanya berpada2. Janganla dia hina awak pun awak diam je. Orang camtu kena lawan sikit. Kalau kita diam je lagi dia buuli.

Hidayah Lee, Bila orang tak suka, mungkin sampai bila-bila takleh ada rasa suka. Payah nak berlapang dada. Hiduplah berbahagia dengan suami dan anak2 je.

Hormat pada mereka, takyah gduh. Diam. Jumpa bercakap elok, tak jumpa tak perlu cari. Lupakan segalanya. Jangan dndam. Abaikan. Just hidup happy2.

Cik Nadiah, Saya pernah dengar ustaz cakap kita hidup takperlu amik hati orang sangat. Kalau orang tu mmg tak suka kita, buat lah baik mcm mana pun still tak suka jugak. Kadang ibu ayah ni fikir syurga anak je. Syurga diorang tak sedar. Moga Allah permudahkan urusan saudari.

Nur Eika, Memang susah nk kembalikan keyakinan dan kepercayaan org.mertua ni dia punya persepsi yg berbeza thadap ank menantu dia.bg aku. dah org xsuka.buat lah habis baik sekali pun.tetap juga xdi senangi.yg palin best pengalaman.

MIL aku suka.masakan di sebuah kedai tu.aku dan wife p beli masakan kedai tersebut.balik kami makan bersama. tetiba MIL aku kata xsedap makanan tu.biasanya masakan tu kalau org lain belikan..huhh sedap yg amat.oleh sbb aku yg belikan.maka jadinya xsedap. hebat aku kan.

Sheery Azmi, Benda macam ni memang kuasa kat tangan suami. Kalau dia dapat rasional dan realistik, maka perkahwinan tu akan selamat. Tapi kalau laki tak rasional, memang ke laut dalam lah. Pak mentua aku camni gak.

Sekali dengan ipar kaki hasut. Tapi laki aku maintain relaks, mana dapat buat dia buat. Mana tak, dia buat tak tau je. Ko ugut la macamana pun kat dia, masuk neraka la, anak derhaka la, dia tak heran.

Mashitah Qadri, Kalau syurga bawah tapak kaki ibu, kenapa antara amalan yang dibawa selepas m4ti itu ada doa anak soleh? Kenapa syurga perluukan doa anak soleh? Think again.

Menjadi seorang ibu bukan bermaksud kalis dosa boleh buat apa saje pada anak. Menjadi ibu tidak menjanjikan syurga sekiranya berlaku zalim pada anak. Menantu itu juga seorang anak. Think again.

Wan Aisyah, betul lah tu, dpaat mertua baik tu rezeki, buat ignore je, kdg2 perangai org tua ni malas nak layan dan buat2 tak tahu je, serba serbi tak kena seolah2 dia lah malaikat dalam rumah,

pnpdt sy, buat hal sendiri, takyah layan, kalau dia komen ke apa, diam je tp takyah lah iikut if rasa tak sesuai dan selagi tak brtntgn nge syarak.

Marliana Yusuf,

OMG, almost the same hahaha.

Alhamdulillah, boleh duduk rumah sendiri. Yang dah uzur ni, kita kena jaga. Ha melingkup. Bagi dia duk umah sedara, dia buat perangai. Duduk umah ipar lain, pun sama. Last² kita jaga. Itupun membentak, mengomel kutuk keji dalam bilik, time tengok tv.

Duduk je sebumbung tapi memang tidaklah nak bermesra baik bagai. Enough is enough. Doktor pun sarankan saya jauhi dia tu.

And Alhamdulillah, husband dan ipar pun tau perangai dia tu sebab diorang kata, sebelum kahwin memang perangai suka cari pasal macam tu. Dan-dan nak salahkan kita ubah perangai suami bagai.

Teha Ahmad, X faham la MAK MELAYU yg acah2 syurga bawah tapak kaki dye Ni. Hello anak kau dah kawen kau nk dye dok bawah ketiak kau baik kau x payah bagi dye kawen. Smua nk perfect maati la nak.

Nsb dah pndah rumah mahu depression dpt in law’s mcm Ni. Mak bapak mcm Ni la yg tua2 x de anak yg nk jaga. Byk sgt kerenah.

Jgn pk diri tu maksum sgt smpai perjudikan kebahagiaan anak2. X maati pon la klu ank nk braya rumah in law’s dye plak. Elok lain negeri x yah balik langsung.

Nisa Azizi, Masalah btol kawen ngan anak kesayangan mak, mak lak masih xleh move on anak dah berbulu, dh kawen n beranak pinak.

Jenuh weih. Bile mak tu xreti batas campur hal rumahtangga anak. Kalau aku, aku push pindah je. Kuasa plak nk hadap bende camni hari2? Ehhh boleh maati cepat oi.

Hira Hamid,”Selama aku belajar, ibu tu ada kedudukannya yang tersendiri dan batas pada ank lelaki. Isteri pun sama. Ibu, takkan boleh jalankan tanggungjawab seorang isteri, begitu juga seorang isteri selamanya takkan boleh naik taraf setinggi ibu. Aku tak pernah terfikir nak rampas anak lelaki org dari ibunya.”

Mil confessor ni ada emotional incest, dia letakkan anak lelaki dia sebagai pengganti pasngan dia, biasanya mereka ni ada masalah dengan pasngan masing2,

dah tak romantik, sudah hilangvkasih sayang antara mereka, mil mengharapkan kasih sayang tu dtg dari anak dia. Tapi bila anak dah ada pasngan mil jadi jealous.

Menantu dianggap org ketiga dlm hubungan dia dan anaknya, mil isteri pertama dan menantu semua isteri kedua.” Emotional incest”

Isma Raudah, Klu mcm ni ko ignore je. Klu ko Ada duit ko Cari rumah sewa.
Klu Ada kkak ipr ko Cari psal ng Dy lawan cakap Dy Cari gduh then ko agkat kaki. Duk umh sdri. Abaikan mreka.
Sbb tu Aku kata, pmpn, kna Ada duit sdri in k3s jd bnda mcm ni.

Kita x thu pkhwinan Kita mcmane. Sblm khwin, xrmai org yg mmbayangkan bnda mcm ni. Smua org mbyangkan indah2 blaka sblm kwen ni.

So, bila ko Ada duit sdri, JD mcm ni, ko blh pindah. Suami Kita, mgkin x mmpu. So jgn Dera emosi sdri. Get move. Cari kbahagiaan sdri.

Org bila x suka, ko buat baik pun org tetap pndg taik. So x perlu nk impress org mcm ni. Xda guna, buang msa.

Nur Awang, Org besar kepala mcm tu kena lawan. Kalau turut, makin dia besar kepala. Ada sorang makcik tu, anak lelaki sulung dia lembik, turut semua kehendak mak dia yg anggap anak lelaki dia hak dia sorang meski dah beranak pinak.

Akhirnya rumahtanggan anak dia tu porak peranda. Kawin dh berapa kali tapi masih bermasalah. Sbb mak dia cucuk hidung anak dia. Anak lelaki bongsu dia, x kawin² mgkn sbb maknya x redha anaknya punya “perempuan lain”.

Yg sorang lagi anaknya ajelah yg berjaya bina rumahtangga dgn baik. Sebab apa? Sebab bininya lawan balik perangai x semenggah ibu mertunya. Mula² diturutkan aje. Tapi makin lama makin naik tocang sampai rumahtangga berantakan.

Akhirnya bininya bg kata dua kat suaminya. Pilih mak atau bini? Walau suami kata pilih dua², tapi dia sbnrnya pilih bininya. Dia akur utk jarakkan sikit hubungan dgn ibunya sendiri n x ikut setiap kehendak maknya yg melampau.

Dia dh pandai berkeras. Dan bininya pernah bbrp kali sound balik mertuanya yg cakap bukan². Akhirnya anak lelakinya yg sorang ini hidup bahagia dgn isteri n anak² jauh dr ibubapanya. Jumpa bbrp kali aje dlm setahun.

Selain itu, si suami akan menelefon ibubanya setiap minggu utk bertanya khabar. Diorang mcm dh redha dgn kehidupan anaknya yg sorang itu,

walau bini anaknya itu x pernah nak brcakap dgnnya di telefon lagi(sbb dulu² mertua gunakan telefon utk mengarah n marah² menantu).

SUmber asal dipetik dari: informasiviral Via KRT