Perginya Seorang Lagi Ulama Akhirat Menemui Sang Pencipta, Maulana Muhammad Ilyas Al-Barbanki Seorang Ulama Hadis


Baru mendapat berita menyedihkan bahawa ulama kita yang juga Guru Hadith di Masjid Banglawali Markaz Nizamuddin iaitu Maulana Muhammad Ilyas al-Barabanki رحمه الله baru sahaja meningg4l dunia (Selasa malam waktu Malaysia, 8 Februari 2022).

May be an image of 1 person

Maulana Muhammad Ilyas al-Barabanki رحمه الله banyak mentahqiq kitab-kitab karangan Masyaikh Jemaah Tabligh seperti Hayat as-Sahabah dan lain-lain lagi. Beliau ialah seorang ulama hadis yang mengajar di Madrasah Kasyiful Ulum, di Markaz Tabligh Sedunia Nizamuddin, India.

Beliau banyak menulis ta’liq (syarah ringkas) bagi kitab-kitab penting dalam ilmu hadis seperti al-Adab al-Mufrad, Riyadhus Solihin, al-Abwab al-Muntakhabah Min Misykat al-Masobih, Hayatus Sohabah dan lain-lain. Dikatakan bahawa beliau ialah salah seorang khalifah Maulana Sayyid Muhammad Rabi’ al-Hasani al-Nadwi rahimahullah dari segi tarbiah kesufian.

Sumber: facebook