SHEILA RUSLY HADIAHKAN SEBUAH KERETA KEPADA SUAMINYA SEMPENA HARI JADI


Pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW X4 kepada suaminya Azman Yahaya atau Jinggo sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-56 tahun baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Sheila menitipkan kata-kata positif dengan meluahkan rasa syukur setelah melalui kehidupan susah senang bersama suaminya itu selama ini.

“Selamat ulang tahun to my amazing husband. Thank you for being who u are & all that u do for us. There’s nowhere else in the world i would rather be than be next to u,” tulisnya.

Rakaman berdurasi 29 saat itu memaparkan reaksi suaminya yang teruja dan gembira apabila melihat kereta mewah tersebut tiba di hadapan rumah mereka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Jinggo selain mendoakan dia agar terus dimurahkan rezeki serta kekal bahagia hingga ke syurga.

Sementara itu, Sheila juga berk0ngsi satu lagi video momen memaparkan percutian bersama keluarga ke sebuah resort di Genting Highlands, Pahang sekali gus menyambut hari lahir suaminya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1996 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Sumber : omm