Pegawai Bomba Meningg4l Dunia Akibat Terk3ena L3tupan Keb4karan Kilang Selepas Dua Hari Dirawat Di Hospital

 

Pegawai Bomba Meningg4l Dunia Akibat Terk3ena L3tupan Keb4karan Kilang Selepas Dua Hari Dirawat Di Hospital

JOHOR BAHRU, 13 Dis – Pegawai Bomba Mohd Firdaus Sulaiman yang c3dera p4rah akibat terkena l3tupan ketika operasi mem4dam keb4karan di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Sabtu lepas, meningg4l dunia di Hospital Segamat, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Penolong Kanan Penguasa B0mba Mazuki Ismail berkata Allahyarham meningg4l dunia pada kira-kira pukul 4.10 pagi tadi akibat kec3deraan p4rah yang dialaminya.

Beliau berkata Mohd Firdaus, 32, yang telah berkhidmat di balai b0mba berkenaan sejak 2013, meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat seluruh pasukan balai bomba ini dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, amnya.

“Beliau merupakan seorang pegawai yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab. Seluruh keluarga JBPM menyanjung tinggi jasa Allahyarham kerana sentiasa setia dan komited menjalankan tugas,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mazuki berkata jen4zah kini berada di Jabatan F0orensik di hospital berkenaan untuk proses mandi dan k4fan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya. Jen4zah Mohd Firdaus dijangka dik3bumikan di Tanah Perku.buran Islam Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Image

Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi Sabtu lepas, Mohd Firdaus dan seorang anggota pasukan tindakan kec3masan (ERT) kilang c3dera p4rah manakala seorang lagi pegawai bomba mel3cur akibat terkena l3tupan ketika operasi memadam keb4karan di sebuah kilang memproses habuk kayu.

Sumber:siakapkeli