KHABAR DVKA YANG BARU DITERIMA, IMAM MASJID NEGERI KEDAH(MASJID ZAHIR) KEMBALI KE RAHMATULLAH DI H0SPITAL KULIM… SALAM TAKZIAH, AL FATIHAH (DIBACA)


Imam Masjid Negeri Kedah, Shafie Ismail, 58, meningg4l duni4 di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), H0spital Kulim kira-kira jam 4.37 petang tadi.

Difahamkan arwah sebelum ini terj4tuh di bilik air di kediamannya di Kulim, pada pagi Ahad lalu sebelum dimasukkan ke wad di h0spital berkenaan.

Imam Besar Masjid Negeri atau lebih dikenali sebagai Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim, berkata pem3rgian Allahyarham sangat meny3dihkan kerana beliau sentiasa komited dalam melaksanakan tugas.

“Allahyarham membuat keputusan untuk pencen awal berikutan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan kerana menghidap peny4kit dar4h tinggi dan k3ncing manis. Beliau sebenarnya sedang dalam cuti sementara menanti tempoh untuk berpencen.

“Kali terakhir kami bertemu adalah kira-kira dua minggu lalu selepas beliau mengimamkan solat waktu di Masjid Zahir. Kami ada bersembang mengenai,

kesihatannya dan hari ini saya dimaklumkan beliau telah mengh3mbuskan n4fas terakhir kira-kira jam 4.37 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Roslan berkata pem3rgian Shafie dianggap sebagai satu kehil4ngan yang cukup besar kepada warga Masjid Zahir dan jemaah di situ.

Katanya, Allahyarham seorang yang lemah lembut dan memiliki pengetahuan yang cukup tinggi berkaitan dengan ilmu agama.

Sumber: Harian Metro