Kami hilang rakan solat jemaah ,” Arwh syafiq insan yg jaga solat ajaal pulang kerja ”
Seorang pegawai imigresen m4ut selepas terc4mpak dan digilis sebuah lori dalam kemalangan di kilometer 196.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, m4ngsa, Abdul Syafiq Mohammad, 30, men1nggal dunia di tempat kejadian akib4t keceder4an p4rah di kepala.

Pemergian mengejut Abdul Syafiq mengundang pilu dan kesedihan buat rakan rakan setugas, kini hilang seorang rakan jemaah mereka ketika solat di pejabat.
Dalam gambar pertama, dia yang paling depan. Hari ini, di malam hari yang paling baik, Allah jemput kamu mendahului kami semua,Allah ambil kamu sewaktu kamu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Aku bersaksi bahawa dia adalah seorang yang menjaga solat, selalu solat jemaah bersama, sahabat yang baik, menghormati orang lain dan selalu buat aku tersenyum.
Semoga Allah tempatkan kamu di tempat tertinggi, dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Damailah kamu disana wahai sahabat. Kami semua akan menyusuli kamu Abdul Syafiq Bin Mohammad- Azrin Azman.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Arshad Abu berkata, kem4langan berlaku ketika m4ngsa yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan menghala ke Ayer Keroh.
Hasil siasatan, kita dapati sebelum kejadian terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berusia 35 tahun telah rosak dan berhenti di lorong kecemasan.

M4ngsa mel4nggar bahagian belakang kereta terbabit menyebabkannya tercampak ke lorong kanan laluan sebelum dilanggar sebuah lori yang gagal mengelaknya,katanya di sini hari ini.
Tambahnya, pegawai JPJ dan pemandu lori tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang keceder4an.

Difahamkan, mangsa menetap di Bukit Katil di sini dan berulang-alik bekerja di Seremban, Negeri Sembilan.
Gara gara kereta yang rosak dilorong kecem4san ar4ah gagal mengelak mengakibatkan motosikal terl4nggar kereta, dia jatuh lalu dig1lis lori, moga seluruh keluarga arwah tabah kehilangan insan tersayang.Al fatihah.
