Berat utk terima istri & 8 ank telah tiada,” Luah Abd Razak ”
Walaupun perit untuk menerima kenyataan ini, saya reda dengan ujian Allah SWT dan berdoa supaya roh isteri serta anak-anak ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Demikian kepiluan dirasai Abd Razak Majit, 50, yang kehilangan sembilan ahli keluarganya sekelip mata selepas terk0rban dalam nahas membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, kelmarin.

Dalam kejadian 11.45 malam itu, Norul Naziah Buyong, 37, maut bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Turut terkorban ialah mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, manakala Abd Razak pula ceder4 di kaki kanan.

Berkongsi kisah pilu itu, Abd Razak berkata, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Secara tiba-tiba, Proton Wira dinaiki kami mengalami kerosakan bateri dan terpaksa berhenti di tepi jalan.

Ketika memeriksa kereta, sekelip mata saya sedar sudah terbaring atas jalan, Manakala kenderaan kami pula berada di bawah treler, katanya dalam nada sebak, hari ini.
Dia ditemui selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 dekat sini.

Sebelum itu, jen4zah sembilan beranak berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang l4had mengikut turutan, 1.30 tengah hari hari ini..
Dalam pada itu, Abd Razak yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bersyukur proses pengebum1an berjalan lancar dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

Terdahulu, jen4zah sembilan sekeluarga itu dimandikan dan disembahyangkan di Unit Forensik, Hospital Shah Alam pada 9 pagi, sebelum dibawa menggunakan lapan van jenazah yang diiringi sepasukan polis trafik.
Sungul wajah en Abdul Razak rasanya macam mimpi semua ini berlaku keluarga yang dijaga dengan penuh kasih sayang pergi secara mengejut dalam tragedi tr4gis itu yang maha esa lebih sayangkan arw4h isteri dan 8 anak syurganya.Al fatihah.
