Seolah-Olah Lantainya Dari Marmar..Sejuk..Bakal Kub0r Siapakah Ini. Catatan Terakhir Suami Allahyarhamah Ustazah Syadiya Abbas Undang S3bak Ramai

 

Seolah-Olah Lantainya Dari Marmar..Sejuk..Bakal Kub0r Siapakah Ini. Catatan Terakhir Suami Allahyarhamah Ustazah Syadiya Abbas Undang S3bak Ramai

Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebum1an jenaz@h buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00 petang di Tanah Perkub0ran Puncak Alam, Selangor. Segalanya nampak telah dipermudahkan Allah..

Urusan mandikan jenaz@h mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.

Sayang.. Hari ini abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai seorang makmum, tapi kali ini sayang berada di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenaz@h.

Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubor yang indah dan liang lah@d yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lah@d, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lah@d ini.

Abg bersembang dengan penggali kub0r dan petugas pengurusan jenaz@h, mereka akui kub0r itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kub0r kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kub0r siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga saya berada dalam rahmat Allah.

Sayang.. damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barz@kh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenaz@h, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arw@h bidadari saya, jika ada d0sanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arw@h pada kalian, maklumkan pada saya.

Jom kita sama² baca doa ini اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Kredit: Mstar.com.my